Make your own free website on Tripod.com
 
Enter Your Title Here
« September 2017 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
Thursday, 25 March 2004
Demimasa:Artikel Pilihan
Ruangan artikel pilihan...

Posted by demimasa1 at 4:37 AM
Post Comment | Permalink
Bertukar agama - Bukan berubah keturunan
Mengapa Saya Pilih Islam?
Oleh Zuarida Mohyin

Sekali pandang, raut wajah Ustaz Mohd Noor Lee bin Abdullah Lee saling tidak tumpah seperti seorang pemuda Melayu. Apatah lagi, apabila berbicara kepetahannya berbahasa Melayu begitu terserlah.
Dengan `tebal muka', penulis bertanyakan kesahihan status beliau sebagai seorang mualaf.
Dan sebaik sahaja terpacul pengakuan yang beliau berketurunan Cina Siam, dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Kelantan, penulis menarik nafas lega.
Menurut Penolong Pegawai Agama Islam di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang ditemui di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini, pengIslamannya kira-kira 18 tahun lalu, pada mulanya bukan disertakan rasa keinsafan, keikhlasan dan kefahaman tentang agama Islam sebagai agama sebenar tetapi secara ikut-ikutan.
``Selepas sahaja emak meninggal dunia. Saya dan adik telah dipelihara oleh emak saudara sebelah ibu yang menetap di Tumpat, Kelantan.
``Dalam masa yang sama, ayah yang berada di Kota Bharu bersahabat baik dengan sebuah keluarga Melayu.
``Bermula dari situlah ayah mengajak kami sekeluarga jadi Melayu bukannya masuk Islam.
``Pada awalnya, saya membantah kerana saya memang tidak suka orang Melayu, sekali gus membenci agama anutan mereka. Mungkin kerana kami adik-beradik kerap disogokkan cerita-cerita negatif berkaitan sikap orang Melayu,'' cerita Mohd Noor membuka bicara pagi itu.
Biarpun berhadapan dengan tentangan, ayahnya mengajaknya dua beradik berkenalan dengan keluarga angkat tersebut. Menyangkakan ia sekadar ziarah, Mohd Noor bersetuju tanpa syarat.
Cuti persekolahan selama lebih kurang sebulan, ayahnya, Abdullah Lee dan beliau dua beradik tinggal di rumah keluarga angkat tersebut buat seketika.
Kata Mohd Noor, tidak sampai setengah bulan berada di dalam keluarga Melayu tersebut, beliau begitu selesa.
Barulah disedarinya bahawa masyarakat Melayu tidak seperti yang dimaklumkan dan difahaminya sebelum ini.
Lantaran itu, ajakan kali kedua ayahnya, diterima dengan senang hati oleh Mohd Noor.
Biarpun persetujuan tersebut tanpa unsur paksaan tetapi katanya, ia bukannya atas dasar rasa keinsafan, malah ia lebih kepada keinginan untuk menjadi Melayu.
Akhirnya, sahlah mereka tiga beranak beragama Islam selepas berdaftar di Majlis Agama Islam Kelantan pada September 1986.
Namun, pada masa itu, Mohd Noor beranggapan status bangsa asalnya sudah hilang dan selepas mengucap dua kalimah syahadah, secara automatik beliau sudah menjadi orang Melayu.
Sementara itu, pengIslaman mereka sekeluarga telah menimbulkan kemarahan di pihak keluarga sebelah ibunya.
``Kakak di sebelah ayah pula, meluahkan kesanggupannya untuk membayar duit demi menjaga kami dua beradik dengan syarat ayah tidak mengheret kami bersama atas niatnya untuk bertukar agama.
``Kekeruhan hubungan ini telah menyebabkan hubungan baik yang terjalin sebelum ini, terputus begitu sahaja,'' jelas Mohd Noor yang masih berusaha memperbaiki hubungan kekeluargaan yang terputus sekian lama.
Tambah Mohd Noor, hampir setahun Islamnya hanya pada nama sahaja. Beliau dijadikan anak angkat kepada sebuah keluarga Islam yang ketua keluarganya adalah seorang imam di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan.
Di bawah penjagaan keluarga tersebutlah, Mohd Noor diajarkan amalan-amalan fardu ain.
Apabila berada di tingkatan empat, bapa angkatnya membawanya ke Perkim, Kelantan untuk mendapatkan bantuan pendidikan atau peruntukan bantuan kepada mereka yang bergelar saudara baru.
Malangnya, tidak ada peruntukan untuk tujuan akademik, yang ada cuma peruntukan untuk mengikuti pengajian di Institut Dakwah Islamiah Perkim di Petaling Jaya (IDP) selama lima tahun.
``Oleh kerana tidak ada pilihan lain, saya pergi juga. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik semua ini.
``Sepanjang berada di IDP inilah, saya faham dengan sepenuhnya apa itu agama Islam yang sebenar-benarnya, dan saat itulah terasa bertuahnya diri kerana diberikan oleh Allah s.w.t. hidayah-Nya,'' kata Mohd Noor, 32 tahun.
Lebih menggembirakan, saat itu barulah beliau mengetahui, apabila seseorang itu memeluk agama Islam, keturunannya tetap tidak berubah, yang bertukar cuma agamanya.
Beliau masih boleh mengamalkan budaya asal selagi amalan tersebut tidak bertentangan dengan syariat agama Islam.
Setelah menamatkan pengajian di IDP dan mula bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor pada awal 1995, Mohd Noor cuba memberanikan diri mengutus surat kepada keluarganya tetapi tiada balasan.
Kegagalan ini dianggap sebagai cabaran, dan pada tahun yang sama, dia cuba pulang menziarah emak saudaranya di Tumpat.
Biarpun ia satu kunjungan singkat dan dia jenuh disindir oleh makciknya yang suka mengungkit kisah lama, Mohd Noor menyifatkan pertemuan tersebut terkawal dan titik permulaan kepada hubungan yang lebih baik.
Oleh itu, selepas mendirikan rumah tangga dengan gadis kelahiran Kelantan, Norizan Ibrahim pada Ogos 1997, beliau sekali lagi bertandang ke rumah makciknya selepas memperoleh anak pertama.
``Kali ini makcik lebih bersikap terbuka kerana daripada tutur katanya beliau sudah boleh menerima kenyataan, walaupun mereka berlainan agama tetapi masih bersaudara.
``Sungguhpun tidak ramai keluarga sebelah ayah dan ibu menerima pengIslaman kami sekeluarga, saya tetap menyimpan hasrat untuk memperbaikinya dan berserah kepada Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Mendengar,'' ujar Mohd Noor yang kini dikurniakan Mohd Farhan, 6 dan Nurul Fatihah, 4 tahun.
Mengulas mengenai perbezaan yang dirasai sebelum dan selepas memeluk agama Islam, kata Mohd Noor, sebelum ini beliau menganggap agama Islam adalah agama yang mengongkong hidup umatnya dengan banyak larangan dan halal haramnya.
Tetapi kini setelah menghayati intipati Islam, Mohd Noor mengakui hakikatnya bahawa Islam sebenarnya agama yang mudah dan ringkas. Malah ia sesuai sepanjang zaman.

Posted by demimasa1 at 4:36 AM
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older