logobaru1
       

BAYI-BAYI MANGSA PENGGUGURAN

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada  semua terutama sekali  mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab........ dan SETENGAHNYA masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar  kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah  mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan  dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Berita Minggu sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu di bilik mandi mayat Masjid PusaraAman baru-baru ini. Kesemua janin Melayu/Islam itu  baru saja diambilpegawai Persatuan  Derma Amanah Muslimin  (MTFA) dari tiga buahhospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH),Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janinitu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.




gugur1
gugur2

gugur3

gugur4

gugur5

gugur6
gugur7
webmaster©demimasa.cjb.net