::Orang tertinggi
 
 


LELAKI tertinggi di dunia, Ijaz Ahmed, dikerumuni orang ramai 
setibanya di KLIA, Sepang- Gambar AZMAN GHANI


 

TERTINGGI DI DUNIA...
Dengan ketinggian 2.54 meter, kehadiran Ijaz Ahmed di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang semalam, menarik perhatian orang ramai dan sudah cukup memenuhi matlamat pemuda Pakistan itu untuk memperkenalkan negaranya di Malaysia.
Pemuda istimewa berumur 20 tahun anak kelahiran Punjab itu akan menghabiskan masa selama seminggu di negara ini dalam rangka mempromosikan budaya Pakistan ke seluruh dunia.
Walaupun belum mendapat pengiktirafan rasmi sebagai lelaki tertinggi di dunia, beliau yakin ketinggian yang dimilikinya mampu menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui lebih dekat pengalaman suka dukanya dan sekali gus mendedahkan budaya negaranya.
``Dengan ketinggian saya memang sukar untuk mencari teman wanita tetapi yang istimewanya saya mendapat perhatian di mana-mana sahaja,'' katanya kepada pemberita melalui seorang jurubahasa.
Beliau yang tiba dengan penerbangan dari Dubai semalam, akan menginap di Hotel Cititel, Kuala Lumpur.
Beliau akan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan orang ramai di sekitar ibu kota sebelum meneruskan rangka promosi ke negara lain.
 



 

Kembali ke Laman Utama
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004