::Pembunuhan Sheik Muhammad Yasin oleh kaum Yahudi ISrael orang Sharon
Syahidnya Sheik Ahmad Yasin
HAMAS mengugut akan membalas dendam untuk Sheikh Ahmad Yassin

[HAMAS mengugut akan membunuh setiap orang didalam rumah Yahudi setelah syahidnya Shiekh Ahmad Yassin]

Pergerakan Perjuangan Islam (HAMAS) mengugut akan membunuh setiap orang didalam rumah Yahudi di Israel sebagai balasan keatas syahidnya, Sheikh Ahmad Yasin, Mursyidul Am dan Pengasas Hamas setelah solat subuh hari ini (waktu Palestine).

Pejuang Hamas dengan menggunakan pembesar suara di Gaza Street berkata bahawa Shiekh Yassin pergi dengan aman dan mereka tidak sekali-kali akan menikmati waktu rehat

Mereka berkata bahawa mereka akan menghantar kematian disetiap rumah, setiap bandar dan setiap jalan di Israel, dan Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas didalam kenyataannya sebagai menjawab pembunuhan Sheikh Yassin yang akan mengemparkan.

Batalion tersebut didalam kenyataannya berkata bahawa :

"kami mengambil keputusan yang segera dan akan mengegarkan setiap orang sehingga kehancuran negara Zionist, yang pasti kami akan menyerang disetiap tempat dan jawapan kami tidak boleh dijangka"

Ketua pergerakan, Abdul Aziz Al-Rantisi, didalam kenyataan kepada Al-Jazeera berkata bahawa kesyahidan Shiekh Yassin timbul dari ruang-lingkup menjadikan orang-orang sebagai sasaran di Palestine dan beliau mengugut akan mengadakan pertempuran yang terbuka terhadap Israel.

[Abdul Aziz Al-Rantisi mengugut akan mengadakan pertempuran yg terbuka dgn Israel (AFP)]

Pihak berkuasa Palestine juga mengutuk operasi tersebut. Perdana Menteri Palestine, Ahmad Qorei berkata bahawa ia merupakan satu kerja gila dan bahaya dan pintu kekecuhan terbuka luas dihadapan, Shiekh Yassin terkenal dan telah mentadbir Hamas, ini kerja bahaya dan pengecut.

Radio Israel menyebut bahawa Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, memberi tumpuan pribadi keatas rancangan pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin melalui serangan-serangan yang di lancarkan pada subuh Isnin hari ini melalui pesawat Israel. Radio tersebut menyebut bahawa Sharon telah memberi LAMPU HIJAU secara pribadi keatas Shiekh Ahmad Yassin dan memantau operasi tersebut.

Zeev Boim, Timbalan Menteri Pertahanan Israel, mengumumkan didalam radio Israel bahawa :

"Shiekh Yassin memang patut mati kerana operasi terrorist yang Hamas telah lakukan."

Boim berkata - (pegawai Israel yang mula-mula sekali membuat kenyataan mengnai operasi ini kpd umum) - 'Sesungguhnya disana tidak ada seorang terorist yang menikmati immuniti" satu hint kemungkinan akan berlaku operasi pembunuhan yang sama keatas aktivis organisasi Palestine.

Hamas telah mengumumkan kematian Shiekh Yassin yang telah dibunuh oleh pesawat pejuang Isreal dengan menggunakan 3 peluru berpandu, dimana beliau sedang disorong dengan kerusi roda sewaktu keluar dari Masjid didalam sebuah daerah Sabran dimana beliau telah melakukan solat.

Operasi ini timbul setelah keputusan operasi keselamatan kerajaan mengambil keputusan mempertingkatkan operasi menentang pergerakan Palestine, khususnya Hamas, sebagai jawapan kepada operasi Ashdod di Selatan Israel yang menyebabkan 10 kematian dan syahidnya 2 pelaksananya Selasa lepas.

Seorang pegawai Israel telah berkata bahwa mesyuarat tersebut akan mempertingkatkan operasi keatas Hamas dan pemimpinnya.

Menteri Dalaman, Avraham Poraz mengumumkan bahawa Hamas pada period yang lalu telah mempertingkat serangan, agar ia dapat membuktikan kemampuannya mengusir Israel dari Semenanjung Gaza, akan tetapi kita akan menyahut dengan perjuangan kami menentang keganasan (terrorism).

sumber : http://www.aljazeera.net/news/arabic/2004/3/3-22-12.htm
 

::Berikut adalah beberapa gambar pembunuhan terhadap Sheik Ahmad Ketua Hamas Palestin



 
Kembali ke Laman Utama
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004